Tragedi

 بسم الله الرحمن الرحيم
In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful 

14 September 2017 (Khamis) - Berlaku kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Selangor pada pukul 5.15 pagi. 23 orang meninggal dunia.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
We belong to Allah and to Him we shall return.

Entah kenapa, sewaktu aku dapat tahu pasal berita kebakaran ni, bukan main laju lagi air mata mengalir. Baca satu berita pasal kejadian ni lepas tu menangis. Baca lagi, menangis lagi. Nasib baik ada aku seorang saja dalam bilik tidur, kalau orang lain nampak ni, jatuh maruah sebagai 'wanita cool'. Ceh!

On that exact day, tengah seronok tidur ni tetiba aku terjaga secara mengejut. Bangun tengok jam baru pukul 3.01 pagi. Alahai. Ni gara-gara mimpi tu lah. Mimpi apa? Mimpi berkaitan kematian. Kematian siapa? AKU. Terus bangun pergi ambil wudhu dan solat tahajjud.

Sebenarnya, aku ada berniat nak solat tahajjud hari tu cuma macam tak berapa nak ikhlas sangat lah. Kalau terbangun buatlah. Kalau tak terbangun tak buatlah. Tapi tak sangka la pulak sampai mimpi macam tu sekali ha kau dapat. Terperanjat jantung eh.

Klimaksnya bila aku berasa berdebar-debar sangat lepas bangun tu. Ingat sebab bangun mengejut kan, tu yang berdebar bukan main. Tapi tengah solat pun still berdebar lagi. Mulanya ingatkan ada benda mistik tengah tengok aku solat ke apa. Tapi....

Kalau berdebar sambil meremang bulu roma memang betul lah ada 'benda' tu. But.... it is not because of them. Entah lah. Terus aku selesaikan solat yang macam entah apa-apa tu sebab fikiran pun tah kemana-mana. Macam orang bodoh juga la aku rasa time tu. Moga Allah terima solat aku. Amin

Dalam pukul 12 tengah hari macam tu, buka Facebook macam biasa dan nampaklah berita kebakaran pusat tahfiz. Meleleh air mata. Tengok pula video pelajar tahfiz menjerit minta tolong dalam tengah terbakar tu. Meleleh lagi air mata. Habis sekotak tisu buat lap hingus dengan air mata aku. Senang cerita, macam orang hilang suami lah aku menangis hari Khamis tu. Al-Fatihah buat mereka semua.

17 September 2017 (Ahad) - Segala persoalan terjawab berkaitan kebakaran pusat tahfiz. Lagi sekali aku menangis mengenangkan sebab berlakunya kebakaran tu. EJEK-MENGEJEK. Itu sebabnya. Masya Allah. Remaja zaman sekarang. Nauzubillah hi minzalik.

DUNIA AKHIR ZAMAN.
Sempatkah Aku dan Kau bertaubat sebelum berjumpa denganNya?

Comments