Tak Sangka

 بسم الله الرحمن الرحيم
In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful

*Scrolling Facebook*

'Ingin dapatkan rezeki yang tak disangka, amalkan 2 ayat ini'. Tajuk macam menarik. Bacalah sekejap. Dipendekkan cerita, kita boleh amalkan zikir Ya Fattah dan Ya Razzaq  sebanyak mungkin setiap hari. Alright, boleh dipraktikkan nanti.

Next.

'Cara menjemput rezeki'. Nice! Pantang sikit nampak article berkaitan rezeki, nak-nak yang tajuk ada tulis tak disangka gitu, memang terus aku buka dan baca isi kandungannya. Al-maklumlah, memang harap sangat dapat rezeki time tengah hebat menanam anggur ni. 

Antara amalan yang boleh kita buat hasil pembacaan beberapa article:

1) Amalkan zikir Ya Fattah dan Ya Razzaq
    AL FATTAH = Maha Pembuka
    AL RAZZAQ = Maha Pemberi Rezeki

2) Setiap pagi lepas solat Subuh, sedekahkan Al Fatihah kepada kedua ibu bapa kita.

3) Solat Sunat Dhuha

4) Banyakkan berzikir. Kalau boleh banyakkan Istighfar, mana tau rezeki kita tersekat sebab banyaknya dosa yang kita buat selama ni kan.

Aku dengan semangatnya apa lagi cubalah untuk buat semua benda tu tapi memang payah sikit la nak istiqomah part solat Dhuha tu. Its okay. Boleh try lagi. Ye lah, bertahun-tahun hidup asyik dengar cakap setan je, tu setan pun payah nak lepaskan kita. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Jangan pernah berputus asa untuk berubah ke arah kebaikan!

TAK SANGKA!

Dua hari lepas....

"Nah! Amik la duit belanja ni", kata Abah sambil hulur duit.

Blur sekejap depan laptop. Tapi duit tetap ambil. Rezeki kan. 

Dalam tengah blur aku tengok betul-betul duit tu. Kot kena kelentong dapat duit palsu. Tak salah lagi! Ni memang duit betul ni!

Orang lain mungkin akan cakap 'Alah, tu je?' ataupun 'Benda tu pun nak cakap tak sangka bagai ke?'.

Bagi orang yang selalu diberi wang saku setiap bulan oleh ibu bapa, itu memang benda yang biasa.

Untuk aku pula, itu bukanlah benda biasa. Itu LUAR BIASA. Lain la kalau aku tengah study lagi, tetiba bagi duit macam paham sikit la kehidupan seorang pelajar ni kadang-kadang tak cukup duit kan. 

Aku memang perlukan duit juga masa tu. Tapi aku tak pernah luahkan. Tak pernah bagi hint sikit pun yang aku perlukan duit. Yelah, kalau aku cakap nak guna duit kejap lagi isu cari kerja dibangkitkan. Kalau luahkan pun dekat si Dia. 

KERANA ALLAH S.W.T ADALAH SEBAIK-BAIK PENDENGAR

Owh? Duit yang tetiba datang ni sebab amalan yang aku buat tu ke? Tapi apalah sangat yang aku buat. Terus rasa sebak bila difikirkan balik. Allah dah tunaikan janji Dia. Tak sangka. Sangat-sangat tak sangka. 

Sampai sekarang perasaan Tak Sangka tu masih aku rasa. TAPI.. 

Tiada yang mustahil dengan janji dari Allah S.W.T

SYUKRILLAH.

Comments