Posts

Showing posts from February, 2016

Under Construction

Image
"Wuarghhh, boring nya la hai", luah Zara sambil menguap sepuas-puasnya. Beberapa minit selepas itu, Zya masuk ke dalam bilik bernombor 321 Kediaman Ibnu Sina yang didiami oleh dua orang pelajar iaitu Zara dan Zya.  "Sampai ke luar aku boleh dengar kau menguap tau Zara. Cuba la menguap perlahan sikit. Ni tah tutup mulut ke tak time menguap tu?" soal Zya dengan gaya seperti mak tiri yang garang. Kalah mak tiri Bawang Putih hah. Senyum sumbing Zara dengan soalan Zya. 'Humph, tak tutup la tu kalau dah senyum mengalahkan kambing je rupanya' kata Zya dalam hati. "Zya, aku nak mintak pendapat kau la. Kenapa ye aku ni selalu sangat rasa bosan. Kejap-kejap bosan. Senang cerita kalau orang tanya apa yang aku rasa, perkataan bosan tu memang dah jadi carta no satu aku". Zya memandang sekilas ke arah Zara sambil meletakkan baju yang diambilnya di ampaian sebentar tadi. "Maybe, hati kau perlukan something. So, kau perlu letak tanda