Ilmu

In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful

Alhamdulillah, berkat rezeki menganggur ni, banyak betul ilmu aku dapat. Ini ilmu pasal jin, syaitan, bunian dan sebagainya. Ditakdirkan, setelah sekian lama aku tak jadi 'silent reader'di page fiksyenshasha.com satu hari ni aku tergerak hati nak pergi baca semua cerita yang ada dekat situ. Sejak kejadian aku face to face handle orang kena sampuk time kerja dulu, aku perasan aku ni cepat benau terkejut dengan benda simple (kalau orang lain nampak siap boleh cakap ek eleh tu pun nak takut atau terkejut ke?). Maksud lainnya jadi makin penakut lah senang cerita. Tapi aku anggap ni satu pengalaman yang Allah nak bagi aku rasa but hope for no more after this. #seramshit betoi kalau hadap depan-depan.

Dalam takut-takut nak baca, still kalau niat betul, In sha Allah dipermudahkan segala urusan kita. So kiranya sebelum baca tu aku siap niat nak dapat ilmu, baru lah datang semangat membara tu. Banyak juga cerita yang membuka mata aku, contohnya aku baru tahu yang di negara moden dan membangun ni banyak betul manusia yang masih bertuhankan makhluk. Yang belum percaya bahawa kuasa Allah tu lagi hebat dari kuasa makhluk ciptaanNya. Menyihir dan menyantau orang ni lagak dia macam nyanyi lagu masa tengah bosan gitu je. Lalalalala~~~ maka terhantarlah 'benda' tu kat musuh dia. Nauzubillahhiminzalik. Moga Allah pelihara kita semua dari mensyirikkan Dia. Amin.

Lagi seronok tu, muncul lah beberapa penulis yang pada aku best sangat cara penulisan dan penyampaian dia. Sambil bagi feeling seram sejuk gitu time baca, tak lupa juga dia bagi sekali ilmu untuk kita praktikkan. Ada yang tetiba rasa macam dapat tarbiah sentap pun ya juga. Tapi bak kata Noor Amalina (aku la tu🙈), 'benda kalau betoi, hang tak payah nak sentap sangat lah'. 

Oleh disebabkan dunia makin tenat dengan segala macam ragam manusia, baiklah sekiranya kita pun berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Sambil baca tu aku pun naik seram kalau tetiba aku pun bakal menjadi mangsa sihir-sihir ni. Tetapi, tanpa izin Allah, datanglah berapa banyak dan betapa kuat sekalipun sihir tu, jika kita orang yg dilindungi oleh Allah, semua tu sikit pun tak dapat nak sentuh kita. So macam mana nak Allah sentiasa lindung kita? Sentiasalah beramal dengan Ayat Qursi, 3 Qul dan Ayat 1000 Dinar. Dan niat tu mesti kuat Allah Maha Berkuasa.

Al-Mathurat. Semua tahu kan, tapi tah berapa orang yang beramal dengan zikir tu semua. Ada satu cerita ni, sihir yang bomoh hantar untuk keluarga mangsa tak dapat nak masuk dalam rumah tu sebab ahli keluarga dalam rumah tu jenis yang alim-alim. Salah satunya sebab melazimi Al-Mathurat ni lah. So berlegar-legar jelah benda tu kat bumbung rumah dia. SubhanAllah, Maha Suci Allah.

Selepas subuh, asar dan maghrib, amalkan membaca Ayat Qursi dengan Bismillahhillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun Fil Ardhi Wala Fis Sama'ie Wa Huas Sami'un Alim. Sebab tiga waktu ni ialah waktu afdhal orang menghantar sihir. Sesiapa yang berkelapangan dan rajin membaca, boleh lah pergi ke website tu sendiri. 

Itu sajalah setakat ini. Assalamualaikum. Bye. 안녕🙋

Nota tambahan: Sejak di ruqyah beramai-ramai dekat tempat kerja dulu, telinga aku makin kuat dan hebat menangkap bunyi nak-nak segala bunyi sebelum masuk tidur atau ketika tengah duduk seorang diri. Walhal sebelum ni aku masuk dalam kategori 'sederhana pekak' kot.  

SOLAT JANGAN TINGGAL.

Comments