Air Terjun Chemerong,Terengganu

Peace be upon you

Kejadian ini sudah berkurun lamanya berlaku tetapi aku tetap nak post.

9 June 2014 - Antara banyak-banyak tempat yang eden dah pernah pergi untuk air terjun ni, dekat Chemerong la yang eden raso best dan syiok sekali. Sambil mandi-manda tu sempat la juga mendaki batu-batu yang besar gedabak, ngidam nak mendaki punya pasal. Nasib baik tak ramai sangat manusia time tu, so bolehlah enjoy puas-puas. Aku pergi pun dengan coursemate yang berapa kerat je. Air terjun dekat tempat ni lagi tinggi of course lagi best la kan. Sebelum nak sampai lagi, kami dah nampak air yang mengalir turun dari atas bukit tu. SubhanAllah, memang teruja habis lah time tu. Dan terbuka minda betapa indahnya alam ciptaan Allah ni. Itu baru sikit, makin lama kita berjalan ke tempat-tempat lain, lagi banyak benda yang dapat kita tengok. Tengok sambil mensyukuri nikmat indah yang Allah bagi, lagi bermanfaat cuti-cuti Malaysia kita tu. Alhamdulillah

Dah macam memerang dah ha ni. Gambar tak banyak sebab kusyuk menikmati keindahan alam gitu. Hah
Serba sedikit berkaitan air terjun kat sini, selain tempat yang lawa, kalau nak pergi tu better bukan hujung minggu. Special case kepada manusia yang tak sukakan gangguan manusia-manusia yang ramai semasa tengah bergembira. Air terjun Chemerong ni adalah yang tertinggi di Malaysia, ada 7 tingkat baq hang. Tapi kami ni tidak la pergi sampai yang tinngi benor tu. Hah, kalau nak jungle trekking atau camping pun ada juga. Ya Allah, memang nak sangat buat semua tu tapi tak sempat dek kesuntukan masa dan less preparation. Isk3 T_T . Dengar kata lah, ada periuk kera dan tumbuhan yang cantik-cantik. Maybe , one day I'll be there for camping or jungle trekking ke.
More info for Air terjun Chemerong, do visit here .

Comments