Under Construction


"Wuarghhh, boring nya la hai", luah Zara sambil menguap sepuas-puasnya.

Beberapa minit selepas itu, Zya masuk ke dalam bilik bernombor 321 Kediaman Ibnu Sina yang didiami oleh dua orang pelajar iaitu Zara dan Zya. 

"Sampai ke luar aku boleh dengar kau menguap tau Zara. Cuba la menguap perlahan sikit. Ni tah tutup mulut ke tak time menguap tu?" soal Zya dengan gaya seperti mak tiri yang garang. Kalah mak tiri Bawang Putih hah.

Senyum sumbing Zara dengan soalan Zya. 'Humph, tak tutup la tu kalau dah senyum mengalahkan kambing je rupanya' kata Zya dalam hati.

"Zya, aku nak mintak pendapat kau la. Kenapa ye aku ni selalu sangat rasa bosan. Kejap-kejap bosan. Senang cerita kalau orang tanya apa yang aku rasa, perkataan bosan tu memang dah jadi carta no satu aku". Zya memandang sekilas ke arah Zara sambil meletakkan baju yang diambilnya di ampaian sebentar tadi.

"Maybe, hati kau perlukan something. So, kau perlu letak tanda under construction kat hati kau tu and then start cari apadia benda yang tak dak tu. Bukan blog atau building ja yang perlu construction ni tau", usul Zya dengan loghat Kedahnya. Terangkat sebelah kening Zara dengan cadangan Zya.

"Contohnya, mungkin hati kau kurang pengisian jiwa. Kurang ingat kat Allah. Aku cakap ni kau jangan la terasa pulak. Kau yang nak dengar sangat pendapat aku kan. Hee" sengih Zya. Tetapi Zara tidak terasa pun. Malah bersedia untuk mendengar lagi.

Sambung Zya, "Aku pun tak la perfect mana and dulu hidup aku pun banyak nya benda yang lagho je dan rasa boring memanjang. Senang cerita banyak buang masa dengan dengar lagu lah, kerap online benda yang kurang berfaedah lah, tengok movie, huha sana sini. Tapi one day, aku cuba search online apa sebab aku selalu rasa bosan ni".

"Apa yang kau jumpa beb?" tanya Zara dengan gelojohnya. Tersenyum Zya dengan kepantasan Zara bertanya.

"Aku ada baca satu statement ni. Bila kita kerap rasa boring, tu maknanya jiwa kita ni kosong dengan Allah SWT. Kerap bosan bila Allah takda dalam hati kita ni. Solat memang solat tapi laju dan pantas sangat, kalah F1 kau! Zikir pun jarang, al maklumlah after solat je doa seciput terus angkat sejadah".

Zya pandang tepat ke muka Zara. Nak tengok reaksi Zara sama ada sudah bosan atau terasa hati ke tetapi yang sebaliknya berlaku. Zara menunjukkan riak semakin berminat dengan ceramah tak bergajinya malah menyuruh Zya bercerita lagi.

"So aku muhasabah diri, aku letakkan hati aku under construction for that day. No surfing the internet dah untuk sehari tu. Pertama sekali, aku betulkan solat aku dan panjangkan zikir after solat. Sebelum ni kan kontot dan cepat je zikir aku. So aku try la banyak-banyak zikir. Dan lagi satu, kau perasan kan kebanyakan orang kalau nak luahkan perasaan kat media sosial la paling utama kan, tapi aku try limitkan semua tu and luah kat Allah dulu. Perasaan tenang dia tu kau tak payah cakap la. Even aku ada masalah besaq mana pun time tu, bila aku luahkan kat Allah dulu, tenang dia payah nak cakap la macam mana",  

"..dan aku cuba solat sunat yang ada. Aku mulakan dengan dhuha and then tahajjud pula malamnya tu" terang Zya panjang lebar. "Tapi kan beb, kau tahu kan iman manusia ni, ada naik ada turun. Macam mana ye nak istiqomah nak buat semua ni?, Zara memberi soalan sambil menunjukkan riak risau.

Sambil tersenyum Zya menjawab pertanyaan Zara. "Untuk istiqomah, kau kena la kuatkan hati, fizikal dan mental kau. Dan kau kena berterusan buat contoh untuk 30 hari ke tak pun 20 hari secara berterusan, aku ulang BERTERUSAN ye. Bila kau dah terbiasa buat semua tu, nak tinggalkan sehari pun rasa bersalah. Lagi satu, aku ada baca kat blog orang, dia cakap kita susah nak bangun malam untuk bertahajjud bila siang kita dipenuhi dengan perkara lagho dan dosa".

Zara kelihatan seperti tengah berfikir sambil berkata "Aku rasa betul la cakap kau yang tu. Bila aku pikir balik, ada kejadian ni aku kurangkan benda lagho and then malamnya tu aku automatik terbangun pukul 3 ke 4 pagi gitu tah. Padahal tak set jam apa pun tapi tu lah. Satu kerugian untuk aku sebab terjaga je lah, tak tahajjud apa pun"

"So, kau dah dapat jawapannya? tanya Zya.

Zara memandang Zya seraya berkata "Terima kasih Zya and I love you soooo much... because of Allah" 

"Welcome Zara and kalau kau sayang aku, prove it dengan mai kita lipat baju aku sama-sama sat noh" usik Zya seraya ketawa mengekek. 


THE END

Comments