Marine-Biologist-to-be..

Assalamualaikum

    Sekarang ini, saya yang bernama Noor Amalina pelajar tahun 3 UMT sedang bercamping dalam Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah atau nickname dia PSNZ Universiti Malaysia Terengganu. Haaa, point dia dekat sini saja-saja nak bagitahu baru masuk tak sampai sejam, mata I dah kuyu habis ni. Bila main game je dia terbeliak sikit, then kuyu balik. Hah, gitu kata dia. Dulu-dulu memang style aku selalu datang library ni, sekarang je dia punya liat dicampur malas tu, memang tak boleh nak kata apa dah. 

Ni la rupa PSNZ Umt ni. Bagi gambar laluan rak buku pun jadilah kan, dari tak ada langsung, satu keje pulak nak berimaginasi

Datang library ni bukan saja-saja tau, nak siapkan proposal. Dari dulu alasan proposal je kau ye Amal

Marine-biologist-to-be. In Sha Allah, kalau Allah permudahkan urusan belajar aku ni, dapatlah graduasi and maybe nak sambung belajar lagi. Mudah-mudahan, aminn Ya Rabb. Kalau nak ikutkan, banyak doh aku buang masa sepanjang bernafas ni (ganung mari pulok). Tengah nak perbaiki diri la ni. Isikan masa lapang dengan berguna. In Shaa Allah. Sebabnye bila rasa ada masa lebih, mulalah buat benda yang bukan for example tengok movie tak ingat dunia, bukannya tak boleh tengok movie,boleh sangat tapi berpada-padalah kan, ye dok? Perangai buruk yang lain semestinya MALAS.

Boleh buka chapter baru kalau nak cerita pasal malas je ni. Tahukah anda bahawasanya apabila anda selalu menyebut MALAS maka ayat tersebut akan jadi sebati dalam diri anda. Jadi, kita akan automatik jadi malas sentiasa. Sebab tu lah even rasa malas sesangat, kita kena lawan nafsu dan ajakan syaiton tu.


Doa tu senjata kita orang islam ni kan? So mintak pertolongan dari Allah, supaya Dia hilangkan malas tu. In Shaa Allah. Okay. Thats all. Berjela-jela pulak bebel kali ni. 

Comments